Thursday, October 20, 2011

Teka-teki Bahasa Melayu

Sila "highlight"pada ruangan selepas tanda " * " untuk melihat jawapan bagi teka teki dibawah :-)...


1) Syarikat apakah yang terbesar di dunia? *Amerika Syarikat

2) Air apakah yang tidak akan beku? *Air Panas

3) Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus? *Salah



4) Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan? *Telur

5) Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan? *Sauh

6) Kenapa lelaki perlu beristeri tiga? *Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau tiga mestilah isTERI

7) Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut? * Kalau di pakai kepak, macamana dia nak terbang.

8) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik? * Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

9) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? *Milo ais.

10) Apa bahasa cinanya lantai basah? *li chin.

11) Alat menyelam, tetapi ada kat internet. Apakah ia? *Google

12) Gunung apa yang mempunyai tiga cabang? *Gunung Daik

13) Macamana nak buat duit dalam masa singkat? *Ambil pen, kemudian lukis duit kat atas kertas.

14) Banyak-banyak kelapa, kelapa apa yang popular? *'Kelapa dan orkid baik untuk rambut'



15) Buah apa yang tidak mempunyai otak? *Semua buah.

16) Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal? *Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

17) Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari? *Tiada, sebab burung terbang.

18) Ada tak betik yang bahaya kalau di makan? * Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

19) Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat? *Letak di depan cermin.

20) Kenderaan apa yang paling menakutkan? * Lori Hantu

21) Jenama apa yang paling mahal? * Yamaha

22) Bom apa yang anti pada api? * Bomba

23) Sel apa yang berada kat luar badan? * Seluar

24) Apa beza disini dan disana? * Huruf 'i' dan 'a'.

25) Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba? *Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

26) Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam? *Sebab batu tak pandai berenang.

27) Lubang apa yang buat kita segar? *Lu bangun.

28) Satu tubuh 2 nyawa. Siapa ? * Orang Hamil.

29) Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan? *Jalan je kat tepi.

30) Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua? *Motor, sebab ada tongkat.

31) Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?  * Penguin

32) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? *Patah Balik
33) Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.   *Kuih  Donat
34) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? * Aku berjalan secara mengundur!
35
35) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? *Ayam jadi banyaklah!!!

36) Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. * Tapak kaki kitalah.
37) Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? * Nampak beno nipunyer....
38) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?  * Dua-dua tak tumbuh sebab dia tanam separuh jer...
39) Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? * Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan rusa
40) Apakah haiwan yang berkaki 3? * Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
41) Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? * Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD...Hahahahha!!!
42) Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? * Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
43) Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? * Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
44) Apakah bendanya sebelum dicuci ia putih, lepas dicuci ia menjadi hitam? * Papan Hitam
45) Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? * Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
46) Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?  * Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
47) Apakah yang berada diantara langit dan bumi. * Dan
48) Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? * Sebab anak dia tu perempuan
49) Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? * Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
50) Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?  * Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...