There was an error in this gadget

Sunday, October 9, 2011

Aku Terima Nikahnya~~~~


Hari ni g kursus pra perkahwinan
Pagi2 dh lambat bangun...iskk......tu la sape suh tido lambat......
terjaga pukul 6.50........siap pun kelam kabut....mandi pun mandi koboi...hikhikhik

Memasuki Gerbang Perkahwinan

 www.bungangkasaraya.blogspot.com
 HARI PERTAMA (08 Oktober 2011)

Bhg.1  : Asas Pembinaan Insan

1) Akidah

* Maksud dari segi bahasa – Ikatan atau simpulan

* Maksud dari segi istilah -  Keimanan  (Kepercayaan   & keyakinan ) terhadap Allah
       S.W.T. yang memerlukan kepercayaan dengan pengucapan dengan perkataan dan disertai dengan perbuatan atau amalan.

* Ia  merangkumi RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN dan juga IHSAN.

* Perkara yg boleh membatalkan akidah
            - Iktikad ~ cth:mensyirikkan / menyembah selain Allah S.WT.
            - perbuatan ~ cth : memakai benda yg mempunyai logo yg melambangkan agama lain.
            - Perkataan ~ cth : Sengaja tersebut juga boleh jatuh akidah


* Kesan terbatal Akidah Dalam Keluarga
            - Pembubaran perkahwinan (suami isteri)
            - Hilang hak mempusakai
            - Hilang hak perwalian
            - Hilang hak perkahwinan
            - Hilang hak penjagaan anak
            - Hilang hak mendapatkan nafkah
            - Hilang keistimewaan sbg seorg muslim, spt tidak boleh dikebumikan ditanah
   perkuburan org islam.
 www.bungangkasaraya.blogspot.com
2) Ibadah

* Pengertian ibadah
            -  Pengabdian yg dilakukan dgn cara tunduk & merendahkan diri.
            - Dilakukan dgn hati yg ikhlas kpd Allah S.W.T
            - Menurut cara yg telah ditentukan oleh syarak.

* Pembahagian ibadat
     i) Khusus
         - melibatkan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T
         - terbahagi kpd 2 iaitu :
                  a) Wajib ~~ mesti dilaksanakan individu muslim yg cukup syaratnya
                           cth: solat, zakat, berpuasa, menunaikan haji dsbg.
                  b) Sunat ~~ ibadah2 yg digalakan dlm islam. cth: sedekah, puasa sunat, solat sunat, akikah  
                                     dsbg.
    
     ii) Umum
         - antara manusia dengan manusia
         - terbahagi kpd 2 iaitu :
                  a) Umum wajib ~~ cth: nafkah, didik anak, jaga keselamatan keluarga.
                  b) Umum sunat ~~ cth : menghubungkan silaturrahim, ziarah menziarahi, menjaga kebersihan, 
                                                       bertegur sapa dsbg. 
 * Peranan Ibadah
           - menguatkan iman
           - mengawal diri
           - menguatkan rohani
           - mendapat rahmat
           - membentuk akhlak mulia
           - mendapat balasan syurga

 Tips bahagia dalam rumahtangga ~~> solat & sentiasa murah dengan senyuman.

*nota 1) 1 cupak = 900gram (rujukan utk membayar fidyah)
           2) pengiraan zakat ~~> harta yang di wajibkan zakat X 2.5%  = zakat yg perlu dikeluarkan. 

 * Bersuci 
    Maksudnya : bersih dan suci dr segi rohani dan jasmani.

 * Pengertian dan hukum bersuci
    i) membersihkan diri drp hadas (kecil & besar) dan juga najis.
    ii) Membersihkan pakaian, tempat tinggal dan lain-lain.
 * Hukum bersuci adalah WAJIB.
* Alat2 bersuci
   - Air mutlak
   - Debu tanah
   - Benda yg bersifat tajam spt cuka & tawas
   - Benda kesat seperti tisu, kertas, batu, kain, daun atau kulit kayu.
* Jenis2 bersuci
   - Istinjak
   - Wuduk
   - Tayammum
   - Mandi hadas
 www.bungangkasaraya.blogspot.com
3) Akhlak

Akhlak suami
    - Bertaqwa
    - Melaksanakan kepimpinan selaku suami (yakni memberi nafkah zahir & batin)
    - Menjaga rahsia rumahtangga
    - Berkasih syg & belas kasihan
    - Bergaul dgn cara yg baik
    - Bertanggungjawab
    - Bersikap terbuka & betolak ansur
    - Mengamalkan kebijaksanaan.
    - Bermusyawarah
    - Memberikan contoh yg baik.

Akhlak isteri         
    - Bertaqwa
    - Mentaati suami
    - Menghiasi diri utk suami
    - Mencintai dan mengasihi suami
    - Menjaga kehormatan diri dan suami
    - menjaga rahsia rumahtangga
    - Melaksanakan kepimpinan selaku isteri
    - Memohon keizinan suami.

 4) Perkahwinan & Prosedur

 Pengertian perkahwinan
         > Dari segi bahasa : Himpun, kumpul, & cantum

         > Dari segi istilah : Akad yg menghalalkan pergaulan lelaki & wanita yg diharuskan berkahwin

* Tujuan perkahwinan
   - Tuntutan fitrah
   - Sunnah Rasulullah
   - Mendapatkan zuriat
   - Menghindarkan dari melakukan kemungkaran dan maksiat.
* perkahwinan yg tidak sampai / menepati tujuan akan menyebabkan perkahwinan itu tidak berjaya.

* Matlamat perkahwinan 
  - Ketenangan 
  - Kasih sayang
  - Belas Insan

* Hukum perkahwinan
   i) wajib 
      - mampu
      - elak zina
  ii) Sunat
     - utk dpt pahala lebih
  iii) Harus 
     - kahwin pun tak pe, tak kahwin pun tak pe.
  iv) Makruh
     - penyakit / ahli ibadah yg sentiasa melakukan ibadah kpd Allah s.w.t
 v) Haram
     - Tgk pd niat. ( niat tak baik akan jatuh hukum haram berkahwin).

* Hikmah perkahwinan
   - Memelihara diri drp perkara yg haram
   - Memelihara kesucian keturunan
   - Membentuk keluarga & menyusun masyarakat
   - Menghubungkan silaturrahim.

* Rukun perkahwinan
   - Calon suami -pengantin lelaki
   - Calon isteri - pengantin perempuan
   - Wali
   - Dua orang saksi
   - Sighah ( Ijab & Qabul)

* Susunan wali
   - Bapa
   - Datuk & ke atas
   - Saudara lelaki seibu sebapa (adik beradik)
   - Saudara lelaki sebapa ( adik beradik)
   - Anak lelaki drp saudara lelaki seibu sebapa ( anak saudara)
   - Saudara lelaki bapa sebapa (bapa saudara)
   - Anak lelaki dr saudara lelaki bapa seibu sebapa ( sepupu)
   - Anak lelaki drp saudara lelaki bapa sebapa dan kebawah (sepupu)
   - Saudara lelaki kepada bapa seibu sebapa ( datuk saudara)
   - Saudara lelaki kepada bapa kepada bapa sebapa (datuk saudara)
   - Anak saudara lelaki  kepada bapa kepada bapa seibu sebapa ( sepupu kpd bapa)
   - Anak saudara lelaki kepada bapa kepada bapa sebapa (sepupu kpd bapa).
   - Wali hakim.

* Persediaan sebelum berkahwin
   - Ilmu fardu ain & Kifayah
   - fizikal / mental / spiritual
   - Ekonomi
   - Sosial (kemasyarakatan)

* Kriteria calon suami
   - Menghayati agama
   - mampu memimpin keluarga
   - memiliki akhlak mulia
   - berharta & dari keturunan yang baik
   - sekufu

* Kriteria calon isteri
   - Menghayati agama
   - keturunan yang baik
   - rupa paras yang cantik
   - berharta

* Larangan semasa bertunang
  - Dilarang berdua-duaan
  - Dilarang menghampiri / mukadimah zina (pergaulan bebas)
  - Diharamkan hubungan kelamin

* Perkahwinan & Walimah
  - Majlis akad nikah
  - kenduri kahwin ( walimah )
  - saat yang bahagia (bulan madu)
  - perubahan kalender hidup

* Kriteria walimah
  - Menjauhkan diri drp fitnah
  - menggembirakan pasangan pengantin
  - Mengeratkan silaturrahim antara keluarga
  - mendapatkan keberkatan & meningkatkan ketakwaan
  - melaksanakan perkara yang dituntut ( sunat muakat)

* Tanggungjawab suami
  - Menunaikan hak Allah s.w.t
  - memberi nafkah
  - membimbing isteri melakukan perkara ma'ruf dan meninggalkan perkara mungkar
  - Berlaku adil sekiranya berpoligami melayani isteri dgn ma'ruf (berpoligami = adil dlm sistem giliran)
  - memberi perlindungan dan keselamatan

* Perkahwinan yang memerlukan wali hakim
  - Tiada wali nasab
  - wali sdg dlm ihram haji / umrah
  - anak yg tak sah taraf
  - saudara baru yang tiada wali nasab
  - jarak wali bg perempuan, dlm 2 marhalah (90km atau lebih)
  - wali ghaib
  - wali berkahwin dgn pemohon ( perempuan) yang tiada wali setaraf

Bhg 2: Pengurusan Keluarga
 
1) Hubungan Dalam Keluarga

* Masalah pasangan baru berkahwin
  - Ekonomi belum stabil
  - tekanan disebabkan perpisahan dgn keluarga
  - mementingkan keluarga sendiri
  - Tidak mengenali keluarga pasangan
  - perbezaan citarasa dan keinginan
  - kematangan dalam menghadapi masalah
  - kemahiran yg terbatas
  - gagal menyesuaikan diri / putus asa
  - Hubungan kelamin

* Mengenali kelemahan diri
  - Emosional
  - suka menuduh
  - cepat marah
  - cemburu buta
  - enggan mengalah
  - cerca 
  - degil
  - ego
  - lalai / alpa/ cuai
  - malas
  - suka menyakiti
  - menghina
  - boros
  - tomok

* Mengenali kekuatan diri
  - Pemikiran positif
  - beribadah
  - Berpendidikan
  - memberi & menerima
  - Penyanyang
  - Rajin
  - lembut tapi tegas
  - Jati diri
  - personaliti yg baik
  - pemurah

* Cara mewujudkan kecemerlangan diri
  - kenali diri
  - bekerjasama mengatasi cabaran / ujian Allah
  - keyakinan & toleransi
  - bersikap positif terhadap peranan dan tanggungjawab
  - Berdoa dan mengharapkan  pertolongan dr Allah s.w.t

* Mengenali pasangan & keluarga
  - Memahami & menerima pasangan serta keluarga seadanya
  - menerima perbezaan budaya & adat resam pasangan
  - menziarahi keluarga pasangan

*  Penyesuaian suami isteri di awal perkahwinan
   - Menghormati pasangan
   - mengatasi persamaan & perbezaan pada diri pasangan
   - mengutamakan perbincangan
   - pengurusan rumahtangga diurus  bersama
   - memberi perhatian & kerjasama pd keluarga pasangan.

* Pergaulan dalam keluarga
  - meujudkan pergaulan yg baik
  - aurat
  - menyediakan bilik utk ahli keluarga
  - minta izin utk memasuki bilik ibubapa / sebaliknya
  - menjaga imej & maruah keluarga

* Hubungan kelamin suami isteri................* Adab hubungan kelamin.........* Kepuasan bersama....* Doa & ucapan yg perlu dibaca ....................* Tegahan melakukan hubungan kelamin......* Kesan kegagalan hubungan kelamin........( ambil kursus pra perkahwinan, semuanya akan diberitahu :-)....)

* Kelahiran anak
  - Persediaan sebelum kelahiran
  - permulaan tanggungjawab sbg ibubapa
  - Azan & Qamat pada bayi
  - Menjaga kesihatan & keselamatan ibu dan bayi
  - Kenduri Aqiqah & memberi nama yg baik
  - Berkhatan  anak lelaki & perempuan.
  - Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak2.

* Pengurusan kewangan & Masa
   i) Tujuan pengurusan kewangan
       a) Mengawal perbelanjaan keluarga
           - sumber pendapatan
           - kawal aliran kewangan

       b) Mneguruskan kewangan sbg ibadah
           - sumber halal & baik
           - Elakkan pembaziran

       c) Menjadi pengguna yg baik
          - berbelanja ikut kemampuan
          - berbelanja ikut keperluan

       d) menyimpan untuk masa depan
          - skim potongan gaji
          - pelaburan

    ii) Merancang perbelanjaan keluarga
        - langkah 1 : tentukan matlamat
        - langkah 2 : tentukan jumlah pendapatan
        - langkah 3 : Agihan perbelanjaan ( keperluan asas 70%, kehendak / kemewahan 20%, simpanan 
                            10%)
        - langkah 4 : rekod perbelanjaan sebenar
        - langkah 5 : memeriksa perbelanjaan
        - langkah 6 : membuat penilaian

_________________________________________________________________________

HARI KE2 ( 09 OKTOBER 2011)

1) Komunikasi Suami Isteri

* Kepentingan Komunikasi
   - menyatakan perasaan & mesej
   - mengenali pasangan
   - bergurau & berhibur
   - mendidik dan menasihati
   - berkasih sayang & mendapat ketenangan

* Komunikasi berkesan
   i) Mempunyai matlamat yang baik
     - nasihat
     - peringatan
     - kegembiraan
     - pendidikan
     - dorongan
  
   ii) Mesej yang jelas
     - Nada suara yg jelas
     - bahasa yg difahami
     - perkataan yg sesuai
     - masa & keadaan yg sesuai
    
  iii) Secara berhemah & bijaksana
     - bersopan santun & lemah lembut
     - menggunakan panggilan mesra & sesuai
     - elakan bercakap serentak (biarkan suami yg bercakap terlebih dahulu)
     - mendengar dengan aktif tanpa prasangka
     - mempunyai persediaan dr segi mental , fizikal , & penampilan
     - menggunakan mesej yg jelas dan khusus
     - beri tumpuan semasa berinteraksi
     - meminta penjelasan apa yg tidak faham

* faktor2 yg merosakkan komunikasi suami isteri
  - berprasangka buruk terhadap suami
  - Ingin pasangan yg serupa dgn diri sendiri
  - suka mengungkit, menyakiti & berbangga diri
  - mencari kesalahan pasangan
  - terlalu cemburu ( cemburu itu mmg perlu)
  - terlalu ingin berkuasa
  - menggunakan bahasa yg boleh memutuskan hubunga
  - meremehkan pasangan
  - ego & sensitif

* Mengawal kemarahan
  - beristighfar
  - bersabar
  - berwuduk
  - elakkan berdiri masa marah
  - elakkan menggunakan perkataan yang membangkitkan kemarahan & menyalahkan pasangan
  - mengalah
  - menyedari & mengakui kesalahan / kesilapan diri
  - meminta maaf & memaafkan
  - sentuhan mesra

2) Pengurusan Tekanan & Konflik

* Tanda2 stress
   - perubahan fizikal ( sakit/ lesu / letih/ hilang keceriaan diri)
   - perubahan sikap ( cepat marah/ mudaj bosan/ bersikap -ve)
   - perubahan emosi ( sensitif/ cemburu/ risau/ bimbang)

* Punca Stress
   i) faktor dalaman
     - inginkan yang terbaik / terlalu ideal
     - tak mampu memenuhi kehendak org lain
     - kurang keyakinan diri
     - mudah putus asa/ rasa rendah diri
     - terlalu menjaga kepentingan org lain
     - desakan untuk mendapat pujian/ penghargaan
     - terlalu mengutamakan kerja
     - kurang pengetahuan agama
     - sakit
     - berlaku perpisahan & penceraian
     - hilang tempat bergantung

   ii) faktor luaran
     - ketua /majikan
     - pasangan hidup (suami/isteri)
     - kaum keluarga
     - rakan/sahabat/jiran
     - perubahan gaya hidup
     - suasana / tempat/ sosial
     - perbezaan budaya
     - kegawatan ekonomi

* Kepentingan pengurusan tekanan
  - menjamin kesihatan ( fizikal, mental)
  - elak konflik
  - menjalani kehidupan yg lebih bermakna
  - mendatangkan kebaikan  diri, keluarga, masyarakat dan negara.

3) Kesihatan (semua yang berkait dengan kesihatan serta kepentingan menjaga kesihatan~~ yg kita belajar dalam subjek sains masa sekolah dulu).

4) Pengurusan talaq, fasakh, & prosedur

* Jenis2 pembubaran/penceraian
   - Talaq
   - Khulu'
   - fasakh
   -Li'an

* Lafaz talak 
  - Sarih (nyata)
  - Kinayah ( Sindiran)
 www.bungangkasaraya.blogspot.com
* Jenis2 talak
   - Sarih
   - kinayah
   - Takliq
 Tak nak cerita banyak pasal perceraian sebab kita berkahwin bukan untuk bercerai. Perbuatan halal yang paling dibenci Allah ialah perceraian.

Niat hanya sekadar berkongsi pengetahuan yang baru diterima.

Cik Bunga Menunggu Encik Kumbang hantar rombongan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...