

Tajuk : BICARA HATI
Penulis : DAMYA HANNA
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan
Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan
cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda,
seorang wanita yang
tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran
menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya
dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku
Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh
jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran
itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati
Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak
peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran
mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian
yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir
janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah
hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat
mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah
kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
Drama BICARA HATI akan mula ditayangkan di ASTRO bermula bulan hadapan (NOV2011).
Barisan pelakon drama bersiri BICARA HATI:
SHARNAAZ AHMAD
NAZIM OTHMAN
KRIS CEMPAKA
DIRA ABU ZAHAR
JOSIAH HOGAN
AYU RAUDHAH
MARSHA MILAN
MARIA FARIDA
JASMIN HAMID
JEHAN MISKIN
RIZZ AINUDDIN
EIZLAN YUSOF
NURJANNAH
BEA RAMESHAN
Pengarahnya Osman Ali (Ombak Rindu) manakala Penulis skripnya seorang penulis skrip terbaik dari indonesia, Jujur Prananto yang menulis skrip filem ADA APA DENGAN CINTA dan banyak lagi.
Tetibe teringat zaman belajar kat UMT dulu.....sanggup tak tido sebab nak habiskan baca Novel ni.....
Fan Page Bicara Hati
Sila LIKE
http://www.facebook.com/pages/Drama-Bicara-Hati

No comments:
Post a Comment