Wednesday, March 30, 2011

lagu berhantu _ ZURIAT CINTA _ AZMEER

Tahniah kpd pemenang ITU AJE @ suriafm.....
sgt seronok bila dpt menang duit beribu-riban....
mungkin niat dia nak g umrah tu yg membuatkan dia berjaya hari ni untuk teka lagu berhantu tu...
TAHNIAH nor hafizah..........^_^...

di attachkan jugak lirik lagu berhantu ni untuk mengimbau kembali kenangan dolu-dolu kala....


Zuriat Cinta | Azmeer

Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia
Tiada akhirnya
Sendu sukukatanya
Ku kelu lidah entah mengapa


Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia
Tiada akhirnya
Menjadi tanda tanya
Zuriat cinta
Entah di mana


* Di mercu asmara bercinta
Seperti syurga jadi nyata
Tiada yang dapat memisah
Sentuhan… jejari kita bersatu
Oh… cinta kita bersatu


** Tuhan jangan pisahkan cinta
Restu mu aku pasrah
Di mimbar ku berserah
Tuhan jangan pudarkan cahaya
Yang menyinari cinta
Suci kita berdua


Cinta kita bersatu oh…
Jejari kita bersatu oh…
Cinta kita bersatu oh…
Jejari kita bersatu oh…


Ulang * dan **

Jejari kita bersatu oh…
Cinta kita bersatu oh…
Jejari kita bersatu oh…


Di mana mula
Zuriat cinta
Yang aku bina sezaman usia

Thursday, March 17, 2011

kesan radiasi nuklear kepada manusia


1. Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

2. Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

3. Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

4. Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

5. Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

6. Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

Tuesday, March 8, 2011

BEGINILAH NASIB PELAJAR YANG DITINDAS DALAM DIAM!!!!!!

[PTPTN] Helah Dalam Sistem Ujrah

by Eddie Ka on Saturday, January 15, 2011 at 12:19pm
Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

Wednesday, March 2, 2011

Aku kerja 'biasa-biasa aje'...


jawapan aku bila di tanya ttg keje...malaih nk memanjgkan kata la...jawab tu jer.....

kalau keluar u...keje kilang...salah ker?....kalau kuar u..buat keje sama ngan dak spm, slh ker?...kalau kuar u...tp tak dpt keje yg di impikan..itupun slh ker?....org yg fikiran sempit je akan fikir mcm tu....

aku sgt2 bersyukur sbb kuar u...dpt keje....tak de istilah graduan menganggur pd diriku ini...

walaupun keje aku 'biasa-biasa aje'...tp aku sentiasa komited untuk menjadi seorg pkrja yg berdedikasi tggi....

bagi aku..itu mungkin rezeki aku...rezeki org lain kite tak tau mcm mana....ada gak stgh graduan tu...lepas je hbs blaja....duk rumah sbb tak dpt keje yg diimpikan....menghabiskan 'boghaih' jer...mklumla..tak da standard keje2 jadi kuli....nak gk keje tggi2...

beb...kalau ye pun nk jwtn tggi...tlg la cari pglmn dulu....bukan main serbu je trus jwtn tu....mula je dari bwh....lagi byk pglmn...lagi bagus.....kdg2..ape yg kita blaja tu..tak related lgsg ngan keje...itu dah menjadikan kita sentiasa menimba ilmu baru....jgn jdikan semua tu hlgn untuk kita tak mencuba......

zaman skrg ni...persaingan mmg byk....graduan lepasan ijazah ramainyer mcm student yg baru lepas spm.....
kat sini kita dh nampak....skrg ni bukan saja transkrip tu yg menjadi kekuatan utama untuk kita dpt tempat yg bgs dlm bidang pekerjaan....tetapi...kita juga kena ada pengetahuan yg tggi dlm bidg pkrjaan..pglman tu mmg penting....lebih pntg dari yg lain....


kepada sape2 yg belum kerja lagi.....skrg ni set mind u oz....lantak la org nk kata ape pun...keje je dulu slagi belum dpt keje yg dikehendaki...cari penglmn byk2.......

bila org tanya keje ape....ckp je la.....aku keje 'biasa2 aje'....


^graduan yg dah 2 thn hbs blaja tp belum dpt keje yg diimpikan^.......~~~~c@@l 2x sudah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...