SEPANG – Kerancakan Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar
Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berakhir dengan tragedi apabila
pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terbunuh dalam
kemalangan maut yang turut melibatkan dua pelumba saingan MotoGP.
Pelumba No. 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan
parah di kepala, tengkuk dan dada apabila dia terbabit dalam
perlanggaran dengan sebuah motosikal yang ditunggang Colin Edwards dari
pasukan Monster Yamaha Tech 3.
Insiden itu berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan
kedua sebelum perlumbaan dihentikan ekoran kejadian tersebut.
Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan
Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu
terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.
Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24,
pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan
insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan
rumput tepi litar.
Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.
Pada sidang akhbar oleh pemegang hak MotoGP, Dorna dan Persekutuan
Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan Simoncelli meninggal dunia pada
pukul 4.56 petang.
Menurut Pengarah Perubatan MotoGP, Dr. Michele Macchiagodena,
Simoncelli mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dadanya
berdasarkan pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pelumba
berkenaan.
“Doktor FIM dan juga doktor tempatan bertungkus lumus menyelamatkan Simoncelli sebaik sahaja dia dibawa ke pusat perubatan SIC.
“Pelbagai cara telah diusahakan selama 45 minit untuk menyelamatkan
Simoncelli terutamanya melalui kaedah CPR (pertolongan cemas pemulihan
pernafasan), namun mereka gagal dan dia kemudiannya disahkan meninggal
dunia pada pukul 4.56 petang,” katanya.
Menjawab satu soalan, Macchiagodena memberitahu, Edward hanya
mengalami kecederaan ringan di bahu dan pelumba itu berada dalam keadaan
baik.
Pengarah Perlumbaan MotoGP, Paul Butler dalam sidang akhbar sama
mengucapkan takziah kepada keluarga Simoncelli di atas tragedi yang
menimpa pelumba muda itu.
Jelasnya lagi, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh
berhubung insiden tersebut untuk mencari punca sebenar kemalangan itu
berlaku.
Sumber :
Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan
San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada
pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance
Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.
Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.
Dua lagi pelumba yang terlibat dalam kemalangan, Colin Edward (Monster Yamaha Tech 3) hanya mengalami kecederaan di bahu dan Valentino Rossi(Ducati) tidak mengalami sebarang kecederaan.
No comments:
Post a Comment