Masyarakat Malaysia terkenal kerana
mempunyai pelbagai kelompok etnik. Kelompok
etnik ialah kelompok manusia yang anggotanya mengaitkan
diri melalui sesuatu warisan sepunya, baik warisan yang benar mahupun yang
dianggap. Identiti etnik dipupuk dengan membezakan kelompok diri daripada
kelompok yang lain menerusi sifat-sifat seperti budaya, bahasa,agama,
dan tingkah laku. Proses yang melahirkan pengenalpastian sebegini
dikenali sebagai etnogenesis.
Salah satu golongan etnik yang besar
ialah etnik Banjar. Seperti golongan etnik lain, orang Banjar juga merupakan
satu golongan yang kompleks dan mempunyai sejarah yang tersendiri di negara
ini. Orang Banjar adalah tergolong dalam rumpun bangsa Melayu, walaupun begitu,
tidak banyak yang diketahui tentang masyarakat ini. Keadaan ini agak berbeza
dengan orang Jawa yang lebih dikenali walaupun kedua-dua masyarakat ini
mempunyai latar belakang penghijrahan yang hampir sama dan berasal dari negara
yang sama iaitu Indonesia. Satu hal yang agak menarik juga, kedua-dua
masyarakat tersebut tinggal di kawasan petempatan yang berdekatan di Malaysia, contohnya
di daerah Batu Pahat, Johor, daerah Sabak Bernam dan Tanjung Karang, Selangor
dan daerah Bagan Datoh di Perak. Sehingga kini, belum ada penulisan yang
benar-benar lengkap tentang sejarah kedatangan atau perkembangan masyarakat
tersebut di negara ini, walaupun sumbangan mereka dalam bidang sosial, ekonomi
dan politik bangsa Melayu khasnya di negara ini secara keseluruhannya tidak
kurang pentingnya.
Orang Banjar yang datang ke Tanah
Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin
Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah
itu. Kawasan ini adalah terletak di bahagian tenggara Borneo. Di antara
daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar tersebut ialah dari daerah
Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian dari
mereka juga berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Daerah-daerah
tersebut merupakan kawasan penanaman padi. Oleh demikian, mereka yang berhijrah
ke Tanah Melayu adalah merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi.
Di samping itu, pekerjaan khusus seperti melukis, tukang permata dan berniaga
juga ditekankan oleh mereka. Pekerjaan inilah yang membezakan mereka dari
suku-suku bangsa lain di daerah orang-orang Dayak yang tinggal lebih ke utara
barat Banjar Masin. Masyarakat ini juga dikenali dengan kemahiran membuat
peralatan dari besi, seperti peralatan pertanian dan senjata. Kebanyakan mereka
suka tinggal di lembah beberapa buah sungai seperti di sepanjang lembah Sungai
Barito dari Banjar Masin hingga ke Asuntai dan Tanjung di utara.
Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah
Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang
pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan
yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu,
mereka sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak,
Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan
Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakanawal masyarakat ini di Tanah
Melayu.
Dari Batu Pahat, mereka berpecah ke kawasan lain. Mereka masih lagi manjalankan aktiviti yang serupa seperti bertani, berkebun getah, kelapa dan sebagainya. Pada masa kini, masyarakat Banjar boleh didapati di beberapa kawasan pantai barat, terutamanya di kawasan penanaman padi seperti di , Sungai Manik dan Bagan Datoh di Perak, Sabak Bernam dan Tanjong Karang di Selangor serta Batu Pahat di Johor. Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usul mereka di Tanah Banjar.

sumber : Internet
1 comment:
..hidup banjar..
Post a Comment