Tuesday, June 14, 2011

Gempa bumi 14 jun 2011

TERKINI!! GEMPA BUMI DI SUMATERA UTARA  14 JUN 2011
bungangkasaraya.blogspot.com
Gempa bumi bermagnitud 5.5 skala Richter melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.

Penghuni di beberapa buah bangunan yang mempunyai ketinggian lebih lapan tingkat di sekitar ibu negara hari ini panik apabila merasai dua gegaran akibat gempa bumi iaitu kira-kira pukul 8 dan 11 pagi. Sekurang-kurangnya 10 lokasi terlibat dikenal pasti merasai gegaran akibat gempa bumi disumatera antaranya di Pekeliling, Wangsa Maju, Jalan Sultan Ismail, Bangsar, Salak Selatan, Bukit Bintang dan Putrajaya.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengesahkan pusat gempa  330 kilometer barat daya, Klang, Selangor.

Sementara itu, menurut beberapa media Indonesia, gempa telah menggegarkan Tarutung, Sumatera Utara.

Gempa berpusat di 30 kilometer tenggara Tarutung dan kesan akibat gempa bumi ini dikatakan tidak menyebabkan tsunami.

Pada jam 10.55 malam tadi, gempa berukuran 6.2 Skala Richter gegarkan Laut Maluku.

bungangkasaraya.blogspot.com

Sudut keinsafan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: 
bungangkasaraya.blogspot.com
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. 
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. 
    bungangkasaraya.blogspot.com
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. 
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. 
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
bungangkasaraya.blogspot.com


bung@ngkasa_gempasumatera

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...