Friday, June 17, 2011

Siti sertai Askar wataniah

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang telah  menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.

Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan.

Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.

“Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih,” katanya pada majlis tersebut.



bung@ngkasa_darahsatria

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...