There was an error in this gadget

Wednesday, September 21, 2011

Bakal Dijadikan Muzium Banjar





Daerah Kerian merupakan daerah penempatan suku banjar terbesar di Malaysia. Majoriti penduduk di daerah ini menggunakan bahasa banjar dalam pertuturan seharian. Aktiviti pertanian merupakan faktor pendapatan utama bagi penduduk di daerah ini terutama sekali aktiviti penanaman padi. 


Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia yang menjadi nadi utama masyarakat banjar juga berpusat di sini.

Justeru itu, pihak Majlis Daerah Kerian telah bersetuju untuk mengazetkan masjid lama di Masjid Tinggi yang dibina  dalam tahun 1890an itu sebagai Muzium Banjar. 

Difahamkan, segala bahan-bahan sejarah banjar akan dibawa dari Banjarmasin dan akan ditempatkan di muzium ini.

Kerajaan negeri Perak juga telah meluluskan peruntukan untuk menaiktaraf masjid lama ini menjadi sebuah muzium.

Alhamdulillah.....dengan adanya muzium seperti ini akan memudahkan generasi banjar akan datang mengetahui dari mana asal usul mereka....

ONE BANJAR ONE PEDATUAN


@)--bung@ngkasa_anakbanjarmalaysia











3 comments:

nawza said...

wah!! kada taho gin masjid lama sudah jadi muzium..amun ada kesempatan ingin tulak ke sana bila dirasmikan

Bung@ngkasa said...

balum jadi muzium lagi...tapi akan dtg dipa handak maulah masjid nginijadi muzium banjar..dh dpt peruntukkan dh....

peyansanstaro said...

dekat masjid tinggi kan?
macam dikdaapa gen dekat msjid tu...

p/s : kalau meulah muzium okey kot.. hgkat jadi tumpuan urang. Maju deh orang banjar.. Hehehe=))

bila jah nak maulah mzium dekat situ!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...