Showing posts with label Rock Kapak. Show all posts
Showing posts with label Rock Kapak. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Begitulah Al-Kisahnya....

cik bunga nak buat entry lagi...hari ni terajin sikit nak update blog...hehehe...
ni cik bunga nak cerita pasal kumpulan rock zaman dulu2 yang terkenal dengan lagu bunga padang pasir tu...sape lagi kalau bukan kumpulan sofea......
ni serba sdikit cerita menarik tentang kumpulan ni yg mulanya dikenali sebagai SYJ....

Sofea

 Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986).

Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.[1] Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka.

Sejarah

Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.
Sofea pada mulanya ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Ipoh, Perak. Pada tahun 1986, mereka telah menyertai Battle of The Band pada tahun tersebut. Selepasnya, mereka telah turut disertakan dalam album Battle of The Band (1986). Setelah album ini keluar, mereka sudah tidak lagi diuruskan oleh Syed Yusuf, lantaran ini mereka menukar nama mereka kepada Sofea.
Pada tahun 1987, mereka kembali dengan album pertama mereka dengan nama Sofea berjudul Kembali. Album ini mengandungi sepuluh lagu dan telah diterbitkan serta diedarkan oleh Warnada Sdn. Bhd.. Album ini turut menggunakan khidmat pemuzik luar daripada kumpulan yakni Raymond Lim.
Setahun selepas itu, yakni pada tahun 1988, mereka keluar lagi dengan album Anak Liar. Barisan anggota kumpulan ini telah bertukar, ahli di mana pemain dram, Nahar telah digantikan dengan Ujang. Man Rani pula turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi, manakala Fancy telah diambil sebagai pemain gitar baru menggantikan Zam.
Pada tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain dram untuk Sofea untuk album Boneka dan Pentas. Tahun 1990, mereka telah melancarkan album terakhir mereka dengan judul Mimpi dan Airmata.

Album studio


Kembali (1987)
Trek:
  1. "Api"
  2. "Debu Khayalan"
  3. "Ditinggalkan Keseorangan"
  4. "Garisan Di Persimpangan"
  5. "Hujan"
  6. "Kawasan Larangan"
  7. "Kehancuran"
  8. "Kembali"
  9. "Mata Sepet"
  10. "Orang Timur"


Anak Liar (1988)
Trek:
  1. "Anak Liar"
  2. "Gadis"
  3. "Suratan Perpisahan"
  4. "Godaan Syaitan"
  5. "Kejutkan Mereka"
  6. "Pabila Cinta Bersemi"
  7. "Siksa Bayangan"
  8. "Sisa Sisa Hidup"
  9. "Titik Titik Noda"
  10. "Bunga Padang Pasir


Boneka Pentas (1989)
Trek:
  1. "Kupu Kupu Malam"
  2. "Bunga Ku Kerinduan"
  3. "Boneka Pentas"
  4. "Juwita"
  5. "Sangkuriang"
  6. "Syurga Di Hujung Jarum"
  7. "Nadia"
  8. "Dewi Hayalan"
  9. "Garisan Cinta"
  10. "Pendusta"


Khudrat (1990)
Trek:
  1. "Satria Bangsa"
  2. "Ini Nasib Kita"
  3. "Khudrat Kehidupan"
  4. "Sketsa Rindu"
  5. "Godaan Dunia"
  6. "Senjakala"
  7. "Realiti"
  8. "Keluhan Hati"
  9. "Anak Kota"
  10. "Yik Foong Blues"


Mimpi & Airmata (1992)
Trek:
  1. "Lain Orang lain Cara"
  2. "Bersama Mimpi & Airmata"
  3. "Lu Tanggung Sendiri"
  4. "Tepian Gelanggang Cinta"
  5. "Syurga Dunia"
  6. "Rabun Di Kota"
  7. "Di Himpit Rupa Warna"
  8. "Jangan Turut Nafsu"
  9. "Lidah Bercabang"
  10. "Kota Sebuah Impian

Album kompilasi

  • Koleksi Emas Sofea/SYJ (1989)
  • Balada Sofea (1999)
  • MAY VS Sofea (2001)
AHLI KUMPULAN

Antara yang pernah menganggotai Sofea:
  • Nahar - drum
  • Amir - vokal
  • Fancy - gitar
  • Man Rani - bes dan vokal
  • Alang - vokal
  • Amir - gitar
  • Addy - bes
  • Junn - dram
  • Zan - vokal
  • Eduat - dram
  • Atanka - gitar
ni cik bunga nak attachkan sekali lagu feveret cik bunga yer...layan la yer.....:-)......@)---





bung@angkasa
 sumber :wiki

Kenali UK's

kata-kata aluan

Semuanya bermula apabila kumpulan ini ditubuhkan pada tahun1989 dan diberi nama Ukay. Album pertama mereka iaitu Tinggal Irama dibawah label Varia Music dan diterbitkan pada 1991 oleh Saari Amri seorang komposer hebat Malaysia yang masih baru ketika itu.Namun vokal yang tidak mantap mengakibatkan album itu tidak mendapat sambutan dan jualannya tidak sampai 1000 keping. Kumpulan ini terumbang ambing dan pada masa yang sama syarikat Varia Music telah ditutup.
Beberapa tahun selepas itu Saari Amri membuka syarikatnya sendiri yang dikongsi bersama dengan Ridhuan Abu Bakar iaitu Mekar Production . Pada waktu itu Ukay menjadi artis pertama Mekar Production. Pada ketika itu band ini tiada penyanyi kerana rata - ratanya tidak memenuhi kehendak Saari Amri. Maka Saari telah menjemput Amir dari kumpulan Analisa menjadi vokal utama kumpulan ini. Pada waktu yang sama juga kumpulan Ukay telah di tambah huruf 's' menjadi Ukays dengan kemasukan Amir maka mereka melahirkan album bertajuk Mencari tetapi malangnya album ini juga tidak mendapat sambutan dan syarikat Mekar Production terpaksa menanggung kerugian. Album Mencari di edarkan pada 17.2.1993 dan terjual sebanyak 15, 000 unit sahaja. Penerbit Saari Amri diterbitkan oleh Mekar Production dan diedarkan oleh BMG Music Pacific. Sejarah tercipta pada tahun 1994 apabila Saari Amri telah menerbitkan album ke dua Ukays berjudul Bisa Berbisa pada tahun 1994. Jualan album ini sungguh memeranjatkan dimana ia telah terjual pada ketika itu sebayak 350,000 unit. Itu adalah jualan album terbanyak di Malaysia sebelum rekod mereka dipecahkan oleh Raihan (Puji-Pujian/600,000 unit). Ukays berjaya bersaing dengan band besar seperti Wings dan Search. Tarikh sebenar album diedarkan pada 26.4.94. Hampir ke semua lagu di dalam album ini keluar di corong radio. Antara lagu yang popular ialah Seksa, Kau Satu-Satunya, Siapa Yang Rampas Cintamu, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. Namun masalah baru timbul apabila ahli-ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih. Kontrak asal rm0.50 namun Mekar telah menaikkan harga setiap album royalti kepada rm0.75. tetapi ahli-ahli kumpulan ini masih tidak berpuas hati dan menarik diri dari kumpulan Ukays. Akhirnya yang tinggal ketika itu hanyalah Amir-vokal dan Amy-pemain gitar. Kemudian pihak Mekar mencari ahli-ahli baru untuk kumpulan ini dan bertemu dengan Amirol-pemain drum, Olley-pemain bass dan Daniel-pemain gitar.Beberapa minggu selepas itu anggota asal Ukays datang berbincang dengan Saari Amri untuk menyertai Ukays semula namun ianya telah ditolak.Pihak BMG meminta royalti sebanyak rm10,000, mengikut kontrak sesiapa yang melanggar kontrak perlu membayar rm30,000 tetapi pihak Meekar tak ambil pusing dan ambil hati.Masuk sahaja ahli baru Ukays telah menukar ejaan nama kumpulan kepada U.K'S. Kemudian Saari Amri mengeluarkan album ke 3 U.K'S dinamakan Tajam Menikam pada hujung tahun 1994 iaitu pada 14.12.94. Album ini juga mendapat sambutan yang hangat hingga mencapai jualan 280,000 unit. Dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja angka jualan album ke 3 mencecah 250,000 unit. Album U.K's juga turut mendapat tempat yang hebat di pasaran Indonesia di mana album mereka terjual melebihi 700,000 unit di sana. Pencapaian yang sukar di ikuti oleh artis lain sehingga kini. Hampir semua lagu di dalam album Tajam Menikam keluar di corong radio. Antaranya Sebak, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku, Pahit Akan Manis Akhirnya, Bila Purnama Mengambang.
Pada tahun 1996 sekali lagi Saari Amri menerbitkan album U.K's. Kali ini album mereka dinamakan Panas Berpanjangan yang telah terjual sebanyak 175, ooo unit. Walaupun jumlah jualan lebih rendah berbanding sebelumnya ia masih memegang jualan antara yang tertinggi pada tahun itu. Lagu yang popular dari album ini ialah Permata Hati, Di Luar Kemampuanku, Sesak, Bila Diri Disanyangi, Kekasihku Di Menara dan Iramaku. Namun panas tidak berpanjangan apabila kumpulan ini sekali lagi dilanda masalah dalaman dan menyebabkan kumpulan U.K's menarik diri dari Mekar Production dan bersama dengan Ambang Klasik TV3. Namun Saari Amri berjaya memujuk Amir dan akhirnya Amir kembali kepada bimbingan Saari Amri. Manakala anggota U.K's terus bersama dengan Ambang Klasik dan menubuhkan kumpulan Utama menggunakan Rahmad Mega sebagai vokalis.
Pada tahun 1997 Saari Amri menerbitkan album ke 5 U.K'S yang diberikan judul Cuma Aku Yang Hidup dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit. Album ini diterbitkan oleh Kumbang Production bukan lagi syarikat Mekar Production tetapi masih menggunakan BMG Music sebagai pengedar. Album ini juga memperkenalkan anggota baru U.K's. Album ini kurang mendapat sambutan akibat krisis ekonomi ketika iti dan juga masalah cetak rompak. Lagu yang popular dari album ini ialah Kerana Pepatah Lukaku Berdarah.

Ahli kumpulan 

Kumpulan Ukays dianggotai oleh empat orang ahli yang kesemuanya lelaki.
  • Amir (penyanyi)
  • Well (guitar)
  • Din (bass)
  • Ali (drum)
Selepas menukar nama kepada UK'S:
  • Amir (penyanyi)
  • Amy (guitar)
  • Daniel (guitar)
  • Olley (bass)
  • Amirul (drum)
Album 'Cuma Aku Yang Hidup'
  • Amir (penyanyi)
  • Neil (gitar)
  • Awie (bass)
Album Kumpulan UK'S
(Semua album diterbitkan oleh komposer Saari Amri termasuk penciptaan lagu)
  • Ukay - Tinggal Irama (1989) (Album Pertama) jualan album kurang 1,000 unit
  • Ukay - Kelahiran (1991)
  • Ukays - Mencari (1992) (15,000 unit)
  • Ukays - Bisa Berbisa (1994) (350,000 unit)
  • U.K's - Tajam Menikam (1995) (280,000 unit)
  • U.K's - Panas Berpanjangan (1996) (175,000 unit)
  • U.K's - Cuma Aku Yang Hidup (1998) (100,000 unit)
  • U.K's - Pijar Kasmaran (1999)
  • U.K's - Greatest Hits Special (1996)
  • Ukays - Suatu Ketika (2006)
Lagu-lagu yg terkandung dalam album : -- @)---
Album Tinggal Irama (Ukay) 1989
  1. Sukma
  2. Tebing Barat
  3. Cinta Kita Hanya Tinggal Irama
  4. Dalam Putaran Masa
  5. Rindu
  6. Ada Brader Dilorong Gelap
  7. Petak Petak
  8. Pukulan Berasap
  9. Laluan
  10. Tak Mati Selepas Mati

Album Mencari (Ukays) 1992
  1. Terasa
  2. Kembali Mencari
  3. Pesan Mak Bapak
  4. Ruju'
  5. Berkat Kasihmu
  6. Lumrah
  7. Pulang
  8. Bisa Kisah Lama
  9. Sempadan
  10. Kuasa
  11. Terasa (Instrumental)

Album Bisa Berbisa (Ukays) 1994
  1. Seksa
  2. Kau Satu-Satunya
  3. Nafas Orang Kota
  4. Siapa Yang Rampas Cintamu
  5. Untuk Apa
  6. Minda dan Jiwa
  7. Tergamak Kau
  8. Nyanyian Jiwa
  9. Cintaku
  10. Disana Menanti Disini Menunggu

Album Tajam Menikam (Ukays) 1995
  1. Balada Ani
  2. Gema Kasih Sepanjnag Usia
  3. Pahit Akan Manis Akhirnya
  4. Prosarasa
  5. Rhythm Sijantung Hati
  6. Sebak
  7. Serasi
  8. Untuk Kita Semua
  9. Kekasihku
  10. Bila Purnama Mengambang

Album Panas Berpanjangan (Uk's) 1996
  1. Permata Hati
  2. Diluar Kemampuanku
  3. Muka Sposen
  4. Sudah Tiada Tunasnya
  5. Citarasa
  6. Bila Diri Disayangi
  7. Sesak
  8. Masanya
  9. Satu Lilin Sehening Malam
  10. Iramaku
  11. Kekasihku Dimenara

Album Cuma Aku Yang Hidup (Uk's) 1998
  1. Kerana Pepatah Lukaku Berdarah
  2. Duit
  3. Kata-Kata Mak Aku
  4. Sehingga Kini
  5. Benar-Benar Sungguh-Sungguh
  6. Cinta Kita Hanya Tinggal Irama (Nyanyian Semula)
  7. Kenangan Dulu Masih Memburu
  8. Tak Kesampaian Cintaku
  9. Sendu
  10. Germis Mengundang

Album Pijar Kasmaran (Uk's) 2000
  1. Apa Puncanya
  2. Bila Ego Cuba Lari
  3. Dalam Meniti Hari
  4. Kaca Impian
  5. Kau Memang Cantik
  6. Kerana Takdirnya
  7. Pijar Kasmaran
  8. Rondo Cinta Buta
  9. Sukar Nak Percaya
  10. Tiada Lagi
 


Bung@ngkasa2011

sumber: wiki/U.K%27s
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...