There was an error in this gadget

Saturday, March 31, 2012

Lagu BAWAKU PERGI diharamkan?

Lama dah aku tak membzkan diri dengan mengupdate blog aku ni....
Kalau dulu, hari2 aku rajin nak buat entry untuk org lain baca...(hehehe ade ke yg baca?)...
Hari aku terbaca tulisan di salah satu blog yg menjadi blog kegemaran aku, dan blog tu tulis berkenaan dengan lagu nyanyian KAKA & ZIZAN diharamkan.....

Aku tak de la nak tekejut sangat sebab dari mula aku dgr lagu ni, aku pun beranggapan seperti mereka itu.....
Aku pun pernah meluahkan kpd kawan2 aku yg lagu ni mmg lembut, tapi JAHAT....
nak tau kenapa? cuba la tgk liriknya je dah boleh agak liriknya sangat2 jahat n nakal....

Lirik Lagu BAWAKU PERGI

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Tengah malam nanti
Tolong jangan lupa
Jangan munkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi

Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
Sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
Hanya perlu siul, tidak tekan loceng
Hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
Kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
Bawa bekal air muka cuci aib bopeng
Lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
Lari dari kenyataan, mula kisah dongeng
Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
Tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
Lari lari baling bola salji depan gua
Tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali

Bila kita pergi
Apakan berlaku
Siapakan peduli
Siapa ambil tahu
Hidup kita tempuh
Untuk apa saja
Tidak kira mana kembara membawa
Kita kan bersama

Oh buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
Pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi
Pacu laju lagi
Malah kita
Tak perlu kembali


Lagu ni mmg ada unsur2 lari dari rumah.....betul tak?....
tapi tu terpulang pada diri sendiri untuk mmhami sepenuhnya mengenai lagu ni..
Bagi aku, lagu ni agak best jugak...tentang lirik tu aku just abaikan je.....tak de la nak amik kisah sgt sbb tak de niat nak lari dr rumah pun...heheheeheh...
Kalau ada pihak nak haramkan lagu ni dr di siarkan kat stesyen2 penyiaran, aku pun tak kisah sebab dlm hp aku dah ada lagu ni...hari2 aku bleh dgr.....heheeheh peace :-).

To mr malique, semoga sabar n tabah dengan benda yg berlaku ni.....keep it up~~~~


p/s : aku belum ada buku merah lagi,....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...