Wednesday, April 27, 2011

Hutang isi rumah negara tertinggi di dunia

PULAU PINANG 26 April - Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.
Penasihat Khas kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kadar tersebut jauh mengatasi Singapura dengan 105 peratus, Amerika Syarikat (123.3 peratus), Korea (101 peratus), Thailand (52.7 peratus) dan Indonesia (38 peratus).
Menurut beliau, pinjaman yang diambil bagi setiap isi rumah di negara ini pula adalah pada kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.
"Nisbah bayar hutang isi rumah juga semakin meningkat iaitu 39.5 peratus pada 2008, 49 peratus (2009) dan menurun sedikit kepada 47.8 peratus pada tahun lalu yang menunjukkan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang.
"Oleh itu, tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Bagaimana jika pencari nafkah jatuh sakit atau hilang pekerjaan? Situasi akan menjadi sukar dan ini amat membimbangkan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Mah Hui, bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah untuk membayar balik pinjaman perumahan diikuti pinjaman kereta, penggunaan peribadi, pembelian saham dan kad kredit.
Katanya, berbelanja menggunakan dana yang dipinjam boleh meningkatkan ekonomi tetapi ia juga boleh memperlahankan ekonomi apabila isi rumah dipaksa menahan perbelanjaan dalam usaha untuk membayar semula pinjaman mereka.
Justeru, katanya, kerajaan perlu mengetatkan peraturan sedia ada termasuk dalam urusan gadai janji dalam pasaran hartanah dengan meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum selain meningkatkan deposit dan mengurangkan tempoh pinjaman kereta.
"Kerajaan juga perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus mengenai kos yang terlibat. Semua ini mampu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, sekali gus membendung mereka daripada berhutang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar," katanya.

cr : utusan online


Dari rajah di atas, aliran (1) yang juga dikenali sebagai aliran pendapatan menunjukkan pendapatan yang dibayar oleh perusahaan kepada isi rumah kerana sumbangan faktor dalam proses pengeluaran. Aliran (2) pula menunjukkan sebahagian dari pendapatan tadi digunakan oleh isi rumah untuk berbelanja ke atas barang dan perkhidmatan yang telah dikeluarkan oleh perusahaan. Aliran (3) pula menunjukkan sebahagian dari pendapatan isi rumah ditabungkan dalam badan-badan kewangan yang kemudiannya digunakan oleh pelabur untuk membuat pelaburan, seperti aliran (4). Aliran (2) dan aliran (4) juga dikenali sebagai aliran perbelanjaan.
Dari huraian di atas, terdapat dua jenis perbelanjaan secara keseluruhannya telah dilakukan oleh masyarakat dalam ekonomi tersebut. Perbelanjaan tersebut ialah perbelanjaan isi rumah (C) dan perbelanjaan firma (I). Oleh itu perbelanjaan keseluruhan ini yang dikenali sebagai perbelanjaan agregat.

Perbelanjaan isi rumah adalah dipengaruhi oleh pendapatan boleh guna yang diterima oleh semua isi rumah. Oleh kerana dalam ekonomi dua sektor tiada kerajaan, maka pendapatan negara (pendapatan yang diterima oleh semua isi rumah) adalah sama dengan pendapatan boleh guna yang diterima oleh semua isi rumah.  
Hubungan antara pendapatan negara dan perbelanjaan penggunaan isi rumah (dikenali sebagai fungsi penggunaan) mempunyai ciri berikut:













 
a.
Pada tingkat pendapatan boleh guna yang sangat rendah, perbelanjaan adalah lebih besar daripada pendapatannya. Oleh itu wujudnya kekurangan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan, yang dinamakan sebagai makan tabungan.
 
 
b.
Semakin besar pendapatan boleh guna yang diterima oleh isi rumah, maka semakin besar perbelanjaan yang dilakukan. Pada tingkat pendapatan boleh guna yang cukup tinggi, maka pertambahan perbelanjaan menjadi semakin kecil dan akhirnya perbelanjaan isi rumah sama dengan pendapatan boleh guna.
 
c.
Pada tingkat pendapatan boleh guna yang sangat tinggi, perbelanjaan isi akan menjadi semakin berkurangan Oleh itu isi rumah mula menabung.
 
 
Hubungan tersebut lebih jelas lagi dilihat iika kita menggunakan rajah berikut:
Perhubungan antara perbelanjaan isi rumah dengan pendapatan negara ditunjukkan oleh fungsi C. Titik e menunjukkan keadaan perbelanjaan isi rumah sama dengan pendapatan boleh guna isi rumah. Didapati pada ketika ini fungsi C bersilang dengan garis 45.

Di sebelah kiri titik e, menunjukkan keadaan di mana perbelanjaan isi rumah melebihi pendapatan negara. Oleh itu tabungan adalah negatif (makan tabungan) ketika ini. Pada sebelah kanan titik e pula menunjukkan pendapatan negara melebihi perbelanjaan isi rumah. Oleh itu tabungan adalah positif. 

Tuesday, April 26, 2011

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

SINOPSIS DRAMA JUVANA

 
Drama Juvana mula ditayangkan pada 25 April 2011
  setiap hari isnin 
jam 9 malam.

Sinopsis Drama Juvana

JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.

Drama Juvana mempunyai 13 episod semuanya, mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun.

Dalam drama ini Raja lakonan Bront Palare akan menjadi watak warden yang jahat, Raja tidak memperdulikan Daim (Zahiril Adzim) yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat. Macam menarik bukan drama Juvana ini, tambahan pula ada Bront dan Beto Khusairay.

Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah lakonan Izreen Azminda ( yang watak jahat dalam Samson Delaila). Cikgu Zakiah ini menjadi baik dalam drama Juvana ini. Dia akan membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...