Wednesday, April 13, 2011

Mahar/ Mas Kahwin Tanda Kasih Sayang Dan Pemberian Wajib Kepada Isteri


aamskhwn6          aamskwin   

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ).
Mahar Mengikut Negeri
Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini juga bermakna bahawa perkara-perkara yang berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu anda akan mendapati bahawa wang mahar yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.
Perbezaan Mas Kahwin dan hantaran
Tterdapat perbezaan di antara mas kahwin dan hantaran. Mas kahwin merupakan pemberian wajib, tetapi hantaran lebih merupakan hadiah kepada pihak isteri.
Hantaran adalah tidak wajib dan terpulang kepada pasangan untuk menentukan kadarnya. Tiada kadar minimum hantaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Ini berlainan dengan mas kahwin.
Pada keseluruhannya dalam adat Melayu wang hantaran merupakan bantuan bagi pihak isteri untuk belanja kahwin. Ia bertujuan mengurangkan beban isteri dan keluarga isteri dalam membuat persiapan majlis perkahwinan.

Ia juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada isteri yang kini bakal menjadi pasangannya. Sekiranya wang hantaran telah diserahkan kepada pihak isteri, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya.
Mahar Tanda Kasih sayang
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.
Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Jenis Mahar                                                               
 a) Mahar Musamma. Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai mas                                                                                                                        kahwin saudara-saudara perempuan yang lain.
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b.    Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
 Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah  dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti  kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah, sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.
6.     Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa-apa mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan.
     b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.
7. Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembirakan dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang,

Disunting dan rujukan dari  Jabatan Agama Islam WPKL

Bunga angkasa

Tuesday, April 12, 2011

Monday, April 11, 2011

Bagaimana Telur Tiruan Diproses..






Dunia... dunia... nak untung cepat dan secara mudah. Keselamatan nyawa org lain jadi taruhan.

Dua hari lepas heboh pasal isu telur tiruan yang dijual di Pasar Pulau Tikus, Penang. Isu ini timbul berikutan aduan seorang membeli kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telah membeli telur tiruan di pasar tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu dan merampas telur tiruan yang dijual.
Dipercayai telur tiruan dijual dengan harga yang lebih murah iaitu RM11 untuk 30 biji telur. Sekali pandang telur tiruan ini saling tidak tumpah seperti telur asli tetapi terdapat sedikit perbezaan jika diperhatikan betul-betul. Telur tiruan tersebut diperbuat daripada bahan kimia tertentu dan ini dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pengguna yang telah terbeli telur tersebut.
Berikut adalah gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dijalankan di China. Ini hanya sebagai panduan untuk anda yang ingin tahu tentang proses telur tiruan dihasilkan.

Sekali pandang, telur tiruan sama seperti telur asli tetapi putih telur agak cair dan sedikit berkilat berbanding yang asli

Telur tiruan yang direbus mudah pecah dan kurang anjal berbanding telur asli yang memang anjal isinya dan tidak mudah pecah

Antara bahan kimia yang di gunakan untuk menghasilkan telur tiruan ialah karbonat,resin,alum dan pelbagai lagi

Telur kuning dibuat menggunakan kalsium klorida dan diletakkan dalam satu acuan khas

Kuning telur dituang dan di biarkan kering sedikit sebelum melalui proses seterusnya

Ia kemudian direndam dalam cecair parafin wax untuk membentuk selaput luar telur kuning

Proses membuat kulit telur tiruan juga menggunakan bahan kimia tertentu

Telur tiruan lebih mudah pecah berbanding telur asli

Telur tiruan kelihatan agak cerah dan licin berbanding telur ayam yang asli

Jika digoreng, telur tiruan saling tak tumpah seperti telur asli
Jadi, diharap anda mendapat sedikit gambar bagaimana proses menghasilkan telur tiruan dan dengan adanya artikel ini diharap juga dapat membantu anda mengenalpasti perbezaan antara telur tiruan dan telur yang asli. Sila sebarkan artikel ini ataupun klik LIKE supaya orang ramai tidak terpedaya dengan telur tiruan yang dijual oleh segelintir peniaga.

LEARN TO HOT (^_^)


LEARN TO HOT (^_^)

Bersambung lagi ni ^_6….
1.       muha = muka
2.       awak = badan
3.       guluk = leher
4.       ilat = lidah
5.       parut = perut
6.       batis = kaki
7.       rakungan – kerongkong
8.       hadang – tunggu
9.       kaina – nanti
10.   salawar – seluar
11.   hantimun – timun
12.   wadai kipeng – puteri mandi
13.   kalakatar – org melayu pun panggil kalakatar gak kot ( kuih yang dibuat dari kelapa muda & dibakar)
14.   hubi – ubi ….. hubi kantang – ubi kentang
15.   rantang – mangkuk tingkat
16.   jarumusan – selekeh
17.   tapeh – kain
18.   rabit – koyak
19.   ripo – masak ranum
20.   bapira – buah yg ada ulat (selalu guna untuk buah pelam …kalau buah lain org sebut ‘bahulat’
21.   ranai – senyap
22.   aroh -  kenduri
23.   learn to hot … versi banjar (lantuhot) – lutut…
24.   igat – kotor
25.   pariuk –periuk
26.   lakas/capat =cepat
27.   bukah – lari
28.   tarang – terang
29.   kadap =malap/gelap
30.   kurup = nyalaan yg tak terang(contohnya api pelita/cahaya lampu)
31.   malem – bermalam
32.   munyak – benci / meluat
33.   hintalu – telor
34.   mandai / hampapai – kulit cempedak yg dijeruk
35.   wadi – pekasam versi banjar
36.   walut – belut
37.   habang – merah
38.   gasan – untuk
39.   awan – dan/dgn
40.   nang – yang
41.   adding – adik
42.   uma –mak
43.   dangsanak – adik-beradik
44.   ngalih – susah
45.   tulak –pergi
46.   tunjul – tolak
47.   bulik – balik
48.   uyuh – penat/letih
49.   rampataian-tempat mandi kat tepi parit
50.   paragahan/ungah – mengada2
51.   ukang – gigit
52.   sipak – sepak
53.   hirup – minum(yg m’fokuskan kpd kuah cnthnya sup,kuah laksa dsb.
54.   Parak – dekat
55.   Karatas – kertas
56.   Warek – monyet /monkey
57.   Tahurup – tertukar
58.   Suting – Satu
59.   Lawas – lama
60.   Tahaga – jumpa
61.   Patak – sorok
62.   Lingo – jemu
63.   Himui – sunyi
64.   Ulah – buat / maulah -membuat
65.   Marista – sedih
66.   Talah – siap
67.   Maaur –kacau org
68.   Durian belanda – nangkalanda
69.   Kimpis –pancit
70.   Sugih –kaya
71.   Bapandir / basurahan – bercakap2/berborak2
72.   Rahai –terasing /asingkan satu2 (cnthnya buah anggur asingkan dari tangkainya)
73.   Kaya apa – macam mana/bagaimana
74.   Ju’ung –tolak
75.   Julung –bagi
76.   Tahantak –terhentak
77.   Rantas- benang jahitan yang terbuka
78.   Jajak – pijak
79.   Jajal –sumbat
80.   Palit –calit
81.   Bahinak –bernafas
82.   Pamali – xbaik untuk dilakukan
83.   Juhut – tarik
84.   Turahe – simpan
85.   Wayahini –sekarang
86.   Kakanakan – budak2
87.   Salipang – bekas simpan air panas/termos
88.   Maling – pencuri
89.   Manggah – asma/lelah
90.   Harakan –selsema
91.   Batakun – bertanya
92.   Badatang - meminang
93.   Sambat –sebut
94.   Surui – sikat rambut

Kalau ada perkataan yang tak tersenarai di atas…..silalah tinggalkan komen anda disini yer….. maklum balas dari anda adalah di alu2kan……^_^…











Friday, April 8, 2011

jadikan ia sebagai value added untuk diri anda

marilah bersama2 kita belajar bahasa banjar kat blog ni yer....


WELCOME TO MY BLOG:-)..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...