Bahan-bahan
1 Botol sos spagetti (perisa & jenama ape pun bole)
Spageti
Frankfurter
Kentang
Ayam / Daging Kisar (Nak guna boleh, tak nak pun tak pe... ade gak rasa spagetti nyer :-) )
Beberapa biji bawang besar
sedikit minyak
Sedikit perasa & garam
Cara-cara memasak
Kuah Spagetti
Panaskan minyak
Masukkan Bawang besar yang dihiris
Masukkan kentang yang dipotong kecil2.
Masukkan Ayam/daging kisar.
Masukkan sos spagetti dan biarkan sehingga kuah itu mendidih..(tgk kentang tu masak ke tak).
Masukkan sedikit perasa dan garam ..... (kuah dh masak)..
Spagetti
Rebuskan air kemudian masukkan spagetti yang dicucuk dengan frankfurter.
Rebus sehingga spagetti tersebut masak.
Sedia untuk dihidangkan.